Vitamin Dan Suplemen Malaysia Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak memerlukan sebilangan besar vitamin dan mineral untuk tujuan tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Antara banyak vitamin dan mineral, sebahagian daripadanya dianggap sangat penting untuk merangsang tumbesaran kanak-kanak, termasuklah Vitamin A, Vitamin B2, B3, B6 and B12, kalsium and zat besi.

Vitamin A berfungsi untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan yang normal, memperbaiki sel tisu dan tulang, mengekalkan kulit, matayang sihat dan sistem imunasi yang teratur.

Kumpulan Vitamin B sangat penting untuk merangsang proses metabolisma, sistem peredaran darah, sistem saraf, dan memastikan otot, gigi dan tulang yang sihat.

Kalsium pula membantu dalam pembinaan tulang yang kuat, lebih-lebih lagi ketika fasa remaja. Selain itu, zat besi berfungsi untuk membina otot dan menghasilkan sel darah merah yang sihat. Vitamin dan mineral biasanya sangat digalakkan untuk diperolehi melalui makanan, tetapi kebanyakan kanak-kanak sangat cerewet dalam memilih makanan, dan ketika inilah vitamin dan suplemen sangat membantu untuk membekalkan nutrien yang diperlukan.

KANDUNGAN

Best Vitamins And Supplements For Kids In Malaysia

10 Vitamin dan Suplemen Terbaik Untuk Kanak-kanak di Malaysia

Kami telah menyediakan himpunan vitamin dan suplemen terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia. Baca seterusnya:

1) Vitahealth Kids Multivits Plus Lysine & Inulin

Vitahealth Kids Multivits Plus Lysine & Inulin

Vitahealth Kids Multivits Plus Lysine & Inulin adalah sirap berkhasiat yang berperisa oren, berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Ia mengandungi Vitamin A, Vitamin B1, B2, B3, B6, B12, Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E, Asid Folik, lysine dan inulin. Lysine dan inulin, dimana kedua-dua ini merupakan nilai utama dalam produk ini , ialah prebiotik yang merangsang penghasilan bakteria baik dalam usus dan meningkatkan fungsi usus.

Beli Vitahealth Kids Multivitis plus Lysine & Inulin

2) True Functional Foods Oxxy Kids Immune Booster​

2) True Functional Foods Oxxy Kids Immune Booster​

Oxxy Kids Immune Booster adalah produk semulajadi yang dapat meningkatkan daya imunisasi kanak-kanak. Kandungannya berdasarkan makanan Mediterranean. Apabila diambil setiap hari, ia memenuhi cadangan 5-sehari dari segi potensi antioksidan. Makanan tambahan terdiri daripada pilihan 22 ekstrak semula jadi dan konsentrat dari buah dan sayur-sayuran, memberikan jumlah polifenol lebih tinggi daripada 75% dengan nilai ORAC 5 tm.

Beli Oxxy Kids Immune Booster

3) Apogen DHA Formula

Apogen DHA Formula

Apogen DHA Formula adalah suplemen nutrisi yang diekstrak daripada FEM-101 mikro-alga, iaitu alga biru-hijau yang kaya dengan nutrien dan dikenali sebagai makanan berkhasiat. Kandungan nutrien di dalam satu hidangan Apogen bersamaan dengan 450 tablet sprirulina. Pengambilan Apogen bertujuan untuk membantu menyokong sistem imunisasi semula jadi badan dan menghalang daripada patogen virus di usus seperti Virus Enterovirus dan Coxsackie.

Beli Apogen DHA Formula

4) Champs Vitamin C 100mg

champs vitamin c 100mg

Champs Vitamin C adalah produk yang terkenal dengan fungsinya sebagai suplemen kesihatan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia didatangkan bersama Vitamin C atau Asid Askorbik yang biasanya ditemui dalam buah oren, lemon, limau, anggur, sayuran berdaun hijau dan juga kentang. Vitamin C adalah satu vitamin yang paling tinggi untuk keperluan harian, berbanding dengan vitamin yang lain. Jadi, pengambilan harian Vitamin C yang mencukupi adalah sangat penting.

Beli Champs Vitamin C

5) Blackmores Kids Multivitamins + Minerals

Blackmores Kids Multivitamins And Minerals

Blackmores Kids Multivitamins + Minerals  adalah suplemen yang mengandungi 18 nutrien yang diperlukan untuk perkembangan tubuh badan, termasuklah vitamin A, vitamin B1, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin D3, vitamin E, kalsium, biotin, mangan, tiamin, nikotinamida, piridoksin, asid folik, iodin, zat besi, magnesium dan zink.

Beli Blackmores Kids Multivitamins + Minerals

6) Salus Kindervital

salus kindervital

Salus Kindervital adalah suplemen cecair tonik herba yang mengandungi vitamin dan mineral khusus untuk pembinaan tulang dan tisu seperti kalsium, magnesium, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan vitamin E. Ia adalah bebas zat-besi kerana zat besi akan bersaing dengan kalsium ketika proses penyerapan.

Beli Salus Kindervital

7) Scott's DHA Gummies

Scott’s DHA Gummies direka khas untuk kanak-kanak. Ia menggunakan teknik mikro-berkapsul DHA yang akan mengunci/ mengekstrak semua nutrien dan DHA daripada ikan dan pada masa yang sama menghalang daripada rasa hanyir. Ia mengandungi asid lemak omega-3 iaitu termasuklah 105mg DHA dan 45mg EPA. Ia juga mengandungi vitamin D yang amat penting untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan tulang bagi kanak-kanak.

Beli Scott’s DHA Gummies

8) Biogrow Probiotics Kids Powder

biogrow probiotics kids powder

Biogrow Probiotics Kids Powder dihasilkan khas untuk kanak-kanak membesar yang mudah jatuh sakit, mereka yang mempunyai kesihatan perut yang lemah, penghadaman yang lemah dan kurang selera makan. Ia mengandungi 3 jenis probiotik yang berbeza, iaitu  Bifidobacterium animalis subsp lactis, Streptococcus thermophilus dan Lactobaccilus paracasei subsp paracasei, D-mannitol dan juga 500mg pra-biotic inulin. Ia mampu menambah-baik proses pembuangan air besar, menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut dan menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Beli Biogrow Probiotics Kids Powder

9) Appeton Multivitamin Lysine

appeton multivamin lysine

Appeton Multivitamin Lysine adalah suplemen yang membantu menambah selera makan kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Ia mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin D3, vitamin E, vitamin B6, nikotinamida, asid pantotenik and lysine (Amino Asid Perlu) yang akan menambah-baik pertumbuhan otot dan meningkatkan penyerapan makanan ke dalam tubuh badan.

Beli Appeton Multivitamin Lysine

10) Scott’s Emulsion Vita Orange

scotts emulsion vita orange

Scott’s Emulsion Vita Orange diekstrak daripada minyak ikan kod yang kaya dengan sumber vitamin A, D dan Calcium Hypophosphite. Vitamin yang terkandung dalam minyak kod ikan iaitu dalam bentuk emulsi, adalah amat mudah untuk diserap.

Beli Scott’s Emulsion Vita Orange

Bonus: Nova Juvita Plus Multivitamins

nova juvita plus

Nova Juvita Plus Multivitamins adalah multivitamin boleh-dikunyah yang mengandungi gabungan 10 Vitamin dan Nutrien Tumbuhan Perlu yang diekstrak daripada bunga marigold dan roselle untuk merangsang tumbesaran kanak-kanak. Ia mengandungi  vitamin A, vitamin D3, vitamin E, vitamin B1, vitamin B2, Vitamin B3, vitamin B6, vitamin B12, vitamin B9 (asid folik), vitamin C, bioflavonoids, ekstrak roseller and ekstrak marigold.

Beli Nova Juvita Plus Multivitamins

Soalan yang Kerap Ditanya mengenai Suplemen Kanak-kanak

Anda mempunyai kemusykilan mengenai suplemen kanak-kanak? Kami telah menghimpunkan sebahagian soalan-soalan yang sering ditanya mengenai suplemen kanak-kanak di sini. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda dijemput untuk berhubung dengan ahli farmasi kami dengan percuma menerusi khidmat telefarmasi.

Arahan pengambilan untuk setiap produk adalah berbeza. Anda harus sentiasa merujuk kepada arahan yang telah tertulis pada label produk sebelum memulakan pengambilan suplemen. Sila berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor anda sekiranya perlu.

Pengambilan vitamin dan suplemen harus bergantung pada tahap kesihatan. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai sebarang alahan, sila periksa dahulu kandungan suplemen itu. Paling penting untuk anda pastikan sukatan supaya bersesuaian dengan umur kanak-kanak (umur yang berbeza memerlukan sukatan yang berbeza). Sekiranya anda ragu-ragu, sila berjumpa dengan doktor anda sebelum memulakan pengambilan suplemen.

Sebahagian besar vitamin dihasilkan daripada sumber yang berasakan tumbuhan, manakala ada juga suplemen lain mungkin dihasilkan daripada sumber haiwan contohnya suplemen Omega-3 mempunyai sumber daripada ikan. Sila periksa dahulu jadual bahan dan kandungan pada bungkusan produk sebelum membeli atau memulakan pengambilan.

Anda digalakkan untuk memeriksa dahulu dengan farmasi atau penguatkuasa tempatan untuk memastikan produk mempunyai sijil halal sebelum membuat pembelian.

Di manakah saya boleh membeli vitamin dan suplemen untuk kanak-kanak di Malaysia?

Anda boleh mendapatkan tawaran terhebat untuk vitamin dan suplemen untuk kanak-kanak di Malaysia menerusi farmasi dalam talian Esyms. Anda ingin tahu bahagian paling menarik? Anda berpeluang untuk berunding dengan ahli farmasi berlesen di Malaysia secara percuma untuk dapatkan cadangan terbaik dalam pengambilan suplemen.

Beli Vitamin Dan Supplement Kanak-Kanak

Blackmores Kids Multivitamins And Minerals

RM 58.00

RM 37.50 (-35%)