Multivitamin Terbaik Di Malaysia Untuk Kesihatan (2022)

best multivitamins in malaysia

ISI KANDUNGAN

Kelebihan-kelebihan Multivitamin

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam mana-mana farmasi, anda akan melihat rak- rak yang diletakkan pelbagai jenis mutivitamin, setiap satunya mempunyai kelebihan unik yang tersendiri. Jadi apakah sebenarnya supplemen multivitamin ini? Multivitamin adalah rumusan tablet, kapsul atau serbuk di mana ia mengandungi beberapa jenis vitamin di dalamnya (sebagai contoh, Vitamin C + Zink). Kebiasaannya, gabungan nutrien-nutrien ini berperanan untuk memperkasakan fungsi satu nutrien terhadap nutrien yang lain, atau ia berfungsi untuk memberikan kelebihan yang lain supaya anda tidak perlu mengambil pil-pil berasingan. Secara umumnya, multivitamin berfungsi untuk membekalkan nutrien tambahan kepada pemakanan sedia ada supaya tiada nutrien mikro yang tertinggal.

Mutivitamin Terbaik Di Malaysia

Esyms bekerjasama dengan satu rangkaian terbesar farmasi-farmasi swasta di Malaysia. Melalui rangkaian kami yang luas dan pengetahuan yang mendalam mengenai produk-produk farmasi di Malaysia, kami telah mengenalpasti dan menyusun satu senarai multivitamin- multivitamin terbaik di Malaysia.

1. Pharmaton

pharmaton

Pharmaton Capsules ialah suplemen multivitamin, mineral dan ginseng untuk penjagaan kesihatan harian. Ia mengandungi 18 vitamin penting, mineral dan unsur surih yang bermanfaat untuk tubuh.

Beli Pharmaton Di Esyms

2. Blackmores Multivitamin and Mineral

blackmores multivitamins and minerals

Blackmores adalah salah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, dimana ia menyediakan banyak pilihan vitamin dan multivitamin untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Pilihan anda tidak akan pernah salah jika memilih Blackmores Multivitamin and Mineral, kerana ia megandungi gabungan sempurna terdiri daripada Vitamin dan Mineral Perlu, untuk mendapatkan nutrisi yang optima. Dalam sehari, anda hanya perlu mengambil sekali sahaja beserta juadah harian anda.

Beli Blackmores Multivitamin and Mineral dengan harga diskaun di Esyms.

3. Centrum Energy

centrum energy vitamin

Anda berterusan berasa letih? Anda susah untuk fokus dalam kerja seharian? Centrum Energy menggabungkan Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E dan pelbagai jenis mineral, dimana ia membantu untuk membekalkan tenaga yang kekal lama sepanjang hari anda.

Beli Centrum Energy dengan harga diskaun di Esyms.

4. Flavettes Daily Plus

Flavettes Daily Plus adalah jawapan yang anda perolehi sekiranya anda membandingkan berbagai jenis multivitamin yang ada di pasaran. Ia mengandungi nutrien-nutrien berikut: Vitamin A, Vitamin D, Vitamin B1, B2 dan B6 dan juga Vitamin C. Vitamin-vitamin ini memastikan tubuh badan anda sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Beli Flavettes Daily Plus di Esyms.

5. Biolife Multivitamins with Minerals

biolife multivitamins and minerals

Biolife mempunyai gabungan vitamin tersendiri yang unik, iaitu gabungan daripada Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B5, B6, B12, Vitamin C, Kalsium, Magnesium, Zat besi, Zink, Asid Folik, Biotin, Iodin and Selenium. Kelebihan utama rumusan formula Biolife temasuklah untuk menambahbaik kesihatan, penggunaan tenaga, tulang, mata, gigi, pembentukan sel darah merah dan untuk perlindungan sel badan. Selalunya anda akan mendapati produk multivitamin yang mengandungi banyak jenis vitamin akan mengenakan harga yang lebih mahal, tetapi produk ini mempunyai harga yang sangat berpatutan.

Beli Biolife Multivitamins with Minerals dengan harga diskaun di Esyms.

6. Proviton Multivitamin and COQ10

proviton multivitamin coq10

Sepertimana produk-produk lain, produk keluaran Proviton juga mengandungi Vitamin, Mineral dan Nutrien Perlu untuk mempertingkat dan mencergaskan tubuh badan anda. Selain daripada vitamin-vitamin biasa, ia mengandungi 2 ramuan yang terkenal – Ekstrak Ginseng Panax IDB dimana ia meningkatkan tahap tenaga dan memperluas potensi fizikal anda. Co-enzim Q10 (CoQ10) pula melonjakkan tenaga dan stamina, disamping memberi sokongan untuk kesihatan secara keseluruhan. CoQ10 juga melambatkan tanda penuaaan dan meremajakan tahap kesihatan anda.

Beli Proviton CoQ10 plus beserta diskaun melalui Esyms

Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Sekiranya anda mencari multivitamin terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia, anda boleh mencuba Blackmores Multivitamin and Mineral for Kids. Produk ini didatangkan dengan kandungan Nutrien dan Vitamin Perlu bertujuan untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak- kanak. Yang bagusnya, ia mempunyai perasa yang sedap tanpa pemanis tiruan, anak anda pasti akan menyukainya!

Beli Blackmores Mutivitamins with Minerals dengan harga diskaun di kedai Esmys.

Multivitamin Terbaik Untuk Kaum Wanita di Malaysia

biolife evening primrose oil

Di kala setiap tubuh badan manusia memerlukan Vitamin Perlu, kaum wanita mungkin memerlukan vitamin tertentu bergantung pada tahap umur mereka. Contohnya, semasa dalam proses kehamilan dan penyusuan badan, kaum wanita memerlukan lebih banyak vitamin B6 dan B12, begitu juga dengan Asid Folik, untuk mencegah kekurangan vitamin dimana ia mungkin boleh mengakibatkan janin yang di dalam kandungan sukar untuk berkembang.

Wanita berumur mungkin memerlukan lebih banyak vitamin D dan B. Vitamin D membantu sistem imunisasi untuk melawan penyakit seperti kanser, kardiovaskular, diabetes, artritis dan juga penyakit autoimun yang lain. Vitamin B pula memainkan peranan penting dalam proses pencernaan dan fungsi metabolisme. (Nota: Vitamin D boleh menjadi berbahaya sekiranya diambil dalam kuantiti yang berlebihan, sila pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu mengenai tahap vitamin D anda sebelum mengambil/menjalani mana-mana program suplemen.)

P.S. Jika anda mencari-mencari suplemen kesihatan untuk wanita, Bio-life Evening Primose adalah satu pilihan yang bijak. Ia mengandungi GLA dan vitamin E semulajadi dimana ia membantu dalam merawat kulit kering, simptom sindrom pra-haid, kesakitan payudara, badan mudah merasa hangat, jerawat dan penyakit-penyakit lain.

Dapatkan Bio-Life Evening Primrose Oil dengan harga diskaun di kedai online esyms.

Multivitamin Terbaik Untuk Kaum Lelaki di Malaysia

Walaupun kini di Malaysia tiada lagi suplemen multivitamin yang dipasarkan khas untuk kaum lelaki, mereka yang menggunakan banyak tenaga sepanjang harian bekerja (contoh bagi mereka yang bekerja berat), mereka sangat sesuai untuk mengambil produk supplemen yang mengandungi Vitamin B, C dan E dimana ia akan meningkatkan tenaga mereka sepanjang hari.

Multivitamin Terbaik Untuk Wanita Hamil di Malaysia

Iberet Folic adalah multivitamin dan suplemen zat besi yang sangat bagus dalam proses kehamilan. Semasa hamil, anda memerlukan zat besi 2 kali ganda berbanding ketika anda tidak hamil. Iberet Folic mempunyai sistem penghantaran unik yang meningkatkan penyerapan zat besi. Ia juga mengandungi Asid Folik yang penting untuk kesihatan pra-kelahiran. Vitamin- vitamin yang turut terkandung didalamnya adalah:

  • Ferrous Sulfate 525mg (bersamaan dengan 105mg Elemental Iron) – Vitamin C500 mg
  • Niacinamide 30mg
  • Calcium Pantothenate10 mg
  • Thiamine Mononitrate (Vitamin B1) 6mg – Riboflavin (Vitamin B2) 6mg
  • Pyridoxine HCL (Vitamin B6) 5mg
  • Cyanocobalamin (Vitamin B12) 25mcg – Folic Acid 800mcg

Beli Iberet Folic dengan harga diskaun di Malaysia di farmasi online Esmys.

Lihat multivitamin lain yang popular untuk kehamilan.

Soalan Lazim Multivitamin

Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai multivitamin di Malaysia. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.

Kesan sampingan dari pengambilan multivitamin bergantung pada kandungan vitamin di dalamnya. Contohnya, jika anda mengambil Vitamin B, kandungan dos Vitamin C yang tinggi atau Beta Carotene, ia mungkin akan mengakibatkan air urin anda menjadi warna kuning terang atau warna oren. Selain itu, ada sesetengah vitamin sangat tidak selamat untuk wanita hamil. Sila sentiasa patuh pada dos dan amaran yang disyorkan/diberi semasa mengambil supplemen vitamin.

Kebanyakan rumusan formula mutivitamin adalah sesuai untuk dewasa sahaja, walaubagaimanapun, adalah sangat digalakkan untuk memilih produk multivitamin yang khas untuk kanak-kanak, kerana mereka memerlukan kandungan nutrien yang berbeza berbanding orang dewasa.

Multivitamin tidak semestinya wajib untuk perlu diambil sekiranya anda sudahpun mempunyai pemakanan yang seimbang dan terdiri daripada pelbagai jenis makanan. Tetapi, multivitamin menjadi sangat perlu untuk kesihatan anda jika anda mempunyai pemakanan yang terhad dan tidak pelbagai ataupun anda tidak mampu untuk mengambil kesemua jenis makanan untuk keperluan mikro nutrien anda.

Sentiasa periksa label dan kandungan produk yang anda ambil dahulu untuk memastikan ia betul-betul untuk vegetarian. Sesetengah rumusan formula produk mungkin mengandungi bahan daripada haiwan, iaitu tidak sesuai untuk mereka yang vegetarian.

Sila periksa dahulu dengan farmasi atau Jabatan Agama Tempatan untuk menentukan samada produk jualan mempunyai sijil Halal sebelum membuat pembelian.

Dimana untuk membeli Multivitamin di Malaysia?

Anda boleh membeli multivitamin di Malaysia melalui farmasi atas talian farmasi Esyms! Daftarkan kredit percuma diatas pembelian anda yang pertama dan anda boleh berjimat. Dan juga, anda dipersilakan untuk melihat dan mencuba kesemua produk suplemen yang ada di farmasi kami.

Beli Multivitamin Terbaik Di Malaysia

multivitamin esyms