Suplemen Omega-3 Terbaik di Malaysia – Minyak Ikan dan Vegetarian

Omega-3 adalah satu dari kumpulan Asid Lemak Essential yang tanya diperolehi daripada makanan harian anda kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Tiga jenis Omega 3 yang utama ialah ALA (alpha-linolenic acid), DHA (docosahexaenoic acid), dan EPA (eicosapentaenoic acid). Sumber utama ALA ialah daripada tumbuhan manakala DHA dan EPA boleh ditemui daripada haiwan dan alga.

ISI KANDUNGAN

best omega-3 supplements in malaysia

Asid Lemak Omega-3, Omega-6 dan Omega-9: Apakah perbezaannya?

Pertama sekali, kita akan berbincang mengenai bagaimana pelbagai jenis Asid Lemak Omega diperolehi. Omega 3 dan Omega 6 adalah Lemak Asid Perlu yang amat diperlukan oleh badan kita, tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Namun begitu, badan kita boleh menghasilkan sendiri Asid Lemak omega 9.

Dari segi struktur, Lemak Asid Omega 3 dan Omega 6 adalah Lemak Politaktepu manakala Lemak Asid Omega 9 ialah Lemak Monotaktepu.

Lazimnya, anda boleh memperolehi Omega 3 daripada ikan dan makanan laut. Omega 6 pula boleh ditemui dengan banyaknya daripada bijirin, minyak sayuran, produk tenusu, telur, makanan segera dan pastri. Omega 6 adalah penting untuk memastikan organ berfungsi dengan baik. Manakala, Omega 9, yang selalunya ditemui daripada minyak zaitun, minyak tumbuhan, kekacang dan biji tumbuhan, adalah penting untuk fungsi sel yang normal.

Memandangkan pengambilan Omega 6 biasanya adalah lebih tinggi berbanding Omega 3 dan badan kita boleh menghasilkan sendiri Omega 9, kebanyakan individu kekurangan Asid Lemak Omega 3.

Fungsi dan Kelebihan Omega-3

Omega-3 dikenali dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Ia boleh membantu merendahkan tekanan darah, tahap trigliserida (kandungan lemak dalam darah), dan juga memperlahankan pembentukan plak dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa ia merendahkan risiko terhadap masalah degupan jantung yang tidak normal, serangan jantung dan lumpuh, begitu juga mengurangkan risiko untuk masalah jantung terhenti bagi kalangan pesakit jantung.

Kelebihan lain adalah ia membaik pulih simptom penyakit mental yang spesifik dan membantu untuk mengurangkan berat badan. Omega-3 juga amat berguna untuk kesihatan mata, terutamanya masalah mata yang disebabkan faktor usia, contohnya penyakit Degenerasi Makula (AMD).

Selain itu, omega-3 juga berkesan untuk memperbaiki peyakit keradangan kronik yang disebabkan kencing manis, depresi dan sakit jantung, dan juga merawat penyakit radang seperti penyakit  rheumatoid arthritis. Ianya sememangnya diketahui bahawa omega-3, terutamanya DHA, amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi. Oleh itu, ia sangat disyorkan untuk wanita hamil dan menyusu.

Akhir sekali, omega-3 sangat berkesan untuk mengurangkan kandungan lemak di hati, begitu juga untuk melegakan simptom penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD)

Apakah sumber makanan semulajadi bagi Omega-3?

Makanan semulajadi yang kaya dengan asid lemak omega 3 ialah ikan salmon, ikan tenggiri, ikan tuna, ikan hering dan ikan sardin. Bagi mereka yang tidak mengambil makanan ini, atau vegetarian, adalah disarankan untuk memulakan pengambilan suplemen omega 3.

Apakah sumber makanan bagi Omega-3 yang berasaskan tumbuhan?

Asid lemak omega 3 juga boleh ditemui di dalam tumbuhan, seperti minyak tumbuhan (minyak biji rami, minyak kacang soya dan minyak kanola), kekacang dan bijian (bii rami, biji chia dan walnut).

Suplemen Omega-3 yang Terbaik di Malaysia

Esyms bekerjasama dengan satu rangkaian terbesar farmasi-farmasi swasta di Malaysia. Melalui rangkaian kami yang luas dan pengetahuan yang mendalam mengenai produk-produk farmasi di Malaysia, kami telah mengenalpasti dan menyediakan satu senarai suplemen Omega-3 terbaik di Malaysia.

Barleans Omega-3 Fish Oil​

barleans omega-3 fish oil

Barleans Omega-3 Fish Oil dihasilkan daripada minyak ikan yang telah menjalani proses penulenan terbaik dan mempunyai gred farmaseutikal yang didatangkan bersama EPA 360mg, DHA 240mg, dan asid lemak Omega 3 yang lain, 80mg dalam setiap satu unit kapsul gel. Ianya bebas daripada merkuri dan bahan logam berat yang lain. Anda disarankan untuk mengambil dua unit kapsul gel untuk setiap pengambilan.

Beli Barleans Omega-3 Fish Oil Di Esyms

Vitahealth Omega 3, 6, 9

vitahealth omega 3 6 9

Vitahealth Omega 3, 6, 9 mengandungi biji rami yang bersamaan dengan ALA 575mg, linoleic acid 175mg, atau oleic acid 175mg. Ianya diekstrak daripada sumber berasaskan tumbuhan, jadi ia amat disarankan bagi ahli vegetarian yang memerlukan omega 3 tanpa perlu mengambil minyak ikan.

Beli Vitahealth Omega 3,6,8 di Esyms

Kordel’s Omega-3

kordel's fish oil

Kordel’s Omega-3 mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA yang diekstrak daripada ikan air sejuk seperti ikan bilis dan ikan sardin. Produk ini memperbaiki kesihatan jantung, mengurangkan simptom penyakit artritis reumatoid dan osteoartritis, mengoptimumkan fungsi otak dan juga menggalakkan perkembangan mata.

Beli Kordel’s Omega-3 Di Esyms

Appeton Essentials Fish Oil with Omega

appeton essentials with fish oil

Appeton Essentials Fish Oil with Omega dihasilkan daripada sumber sumber semulajadi seperti ikan sardin dan ikan bilis daripada lautan Pasifik, dimana ia mengandungi 150mg EPA dan 100mg DHA. Lapisan gelatin pada kapsul diperbuat daripada gelatine bovin yang mengandungi gred farmaseutikal dan disahkan halal dan bebas alkohol.

Beli Appeton Essentials Fish Oil with Omega di Esyms

Nutrigo Omega-3 Fish Oil

nutrigo omega 3 fish oil

Nutrigo Omega-3 Fish Oil mengandungi  600mg EPA dan 300mg DHA dalam setiap unit kapsul gel. Ia membantu dalam menjaga kesihatan jantung, mengekalkan fungsi normal bagi mata dan otak, merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan keradangan dan masalah bengkak sendi yang berpunca daripada penyakit artritis.

Beli Nutrigo Omega-3 Fish Oil di Esyms

Blackmores Fish Oil

blackmores fish oil

Blackmores Fish Oil diekstrak daripada ikan kecil yang diperolehi daripada habitat semulajadi, serta berkualiti tinggi dimana ia bersamaan dengan EPA 180mg dan DHA 120mg dalam setiap kapsul. Proses pengestrakan yang dijalankan memberi jaminan bahawa minyak ikan yang terhasil adalah tulen dan berkualiti tinggi serta bebas daripada kandungan merkuri, dioksin dan PCB (bahan toksik).

Beli Blackmores Fish Oil Di Esyms

Scott’s Cod Liver Oil

Scott’s Cod Liver Oil kaya dengan Vitamin A, Vitamin D, asid lemak Omega 3, EPA, dan DHA yang semulajadi. Asid lemak Omega 3, EPA dan DHA boleh memperbaiki prestasi jantung manakala vitamin A dan D menjaga kesihatan tisu dan menggalakkan pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

Beli Scott’s Cod Liver Oil Di Esyms

Udo’s Oil 3.6.9 Blend

Udo’s Oil 3.6.9 Blend adalah minyak asas yang dihasilkan untuk memastikan ratio ideal 2:1 yang ideal,

iaitu bagi asid lemak omega 3 dan omega 6. Ia diekstrak daripada sumber tumbuhan organik yang segar, termasuklah tumbuhan flaks, bunga matahari, bijan, bunga evening primrose, kelapa, oat dan dedak beras. Ia sesuai untuk mereka yang vegetarian dan vegan (golongan yang makan sayuran dan buah sahaja) yang sedang mencari Omega 3 yang bersumberkan tumbuhan.

Beli Udo’s Oil 3.6.9 Blend Di Esyms

Soalan-soalan Lazim mengenai Omega-3

Ini adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai Omega-3, minyak ikan dan suplemen berkaitan.

Kesan sampingan daripada pengambilan omega 3 ialah sakit perut, cirit-birit dan loya. Pengambilan yang mencukupi bagi Omega-3 ialah hanya 1.6g untuk lelaki dan sebanyak 1.1g untuk wanita. Pengambilan Omega-3 yang berlebihan telah terbukti akan meningkatkan risiko pendarahan. Suplemen Omega 3 diperbuat daripada sumber makanan harian yang biasa menyebabkan alahan, seperti ikan, kekacang dan sebagainya. Jadi, mereka yang mempunyai alahan harus memeriksa senarai bahan dalam suplemen dahulu sebelum membuat pembelian mana-mana produk.

Anda digalakkan untuk mengambil suplemen Omega-3 bersama makanan (ketika makan) untuk mengoptimumkan penyerapannya ke dalam badan.

Suplemen Omega-3 harus disimpan di dalam bekas yang kedap udara, dan diletakkan di tempat yang redup dan mempunyai suhu bilik untuk mengekalkan kesegaran suplemen dan memastikannya sentiasa mempunyai nilai nutrisi yang maksimum.

Dos yang diperlukan untuk setiap produk adalah berbeza. Pastikan anda sentiasa mengikut arahan seperti yang ditunjukkan pada pembungkusan dan label produk.

Pastikan anda periksa dahulu senarai bahan kandungan pada label produk sebelum membuat pembelian. Kebanyakan  suplemen omega 3 yang ada di pasaran adalah berasaskan bahan daripada haiwan tetapi ada juga yang diekstrak daripada sumber tumbuhan.

Anda disarankan untuk memeriksa dahulu dengan farmasi atau penguatkuasa tempatan samada produk ini mempunyai sijil halal atau tidak, sebelum membuat pembelian.

Rujukan

  1. Shacky C, Harris WS. Cardiovascular Benefits of Omega-3 Fatty Acids. Cardiovascular Research. 2007 Jan; 72 (2): 310-315. Available from: ttps://academic.oup.com/cardiovascres/article/73/2/310/486707
  2. Seddon JM, Cote J, Rosner B. Progression of Age-related Macular Degeneration: Association with Dietary Fat, Transunsaturated Fat, Nuts, Fish Intake. Arch Ophthalmol. 2003 Dec; 121(12): 1728-37. Available from: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14662593/
  3. Institute of Medicine, Food and Nutrition Board. Dietary reference intakes for energy, carbohydrate, fiber, fat, fatty acids, cholesterol, protein, and amino acids (macronutrients). Washington, DC: National Academy Press; 2005.

Beli Omega-3 Online

nutrigo omega 3 fish oil

RM 198.00

RM 128.00 (-25%)