Ulasan Sangobion Malaysia- Testimoni, Dos, Kesan Sampingan, Harga
Sangobion adalah suplemen 7 dalam 1 yang membantu anda untuk menambah kandungan zat besi untuk meningkatkan sel darah merah di dalam badan.
- Esyms Team
- March 22, 2021
- 11:48 am
SHARE THIS ARTICLE
BROWSE OUR REVIEW
Bahan-bahan aktif di dalam Sangobion
Sangobion adalah suplemen 7 dalam 1 yang mengandungi:
- Ferrous gluconate 250mg
- Folic acid 1.0mg
- Vitamin B12 7.5mcg
- Vitamin C 50mg
- Sorbitol 25mg
- Manganese sulphate 0.2mg
- Copper sulphate 0.2mg
Kebaikan Sangobion
Sangobion membantu dalam melawan gejala yang disebabkan oleh anemia seperti keletihan, pucat, pening, badan berasa lemah dan kesukaran untuk menumpukan perhatian. Ia juga suplemen yang bagus dan sempurna unuk mereka yang kekurangan sel darah merah. Formulasinya yang dalam bentuk garam besi glukonat membuatkannya amat mudah diserap dalam badan. Komponen Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi. Copper dan Mangenese Sulphate membantu dalam proses metabolisme pengeluaran sel darah merah.
Sangobion untuk Wanita Hamil
Wanita hamil amat berisiko untuk mengalami anemia-kekurangan zat besi akibat kehilangan darah yang banyak selepas kelahiran. Komponen Asid Folik dan Vitamin B12 dalam Sangobion adalah sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah, dan juga ketika fasa kehamilan. Sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan sebarang pengambilan suplemen untuk zat besi, khususnya ketika fasa kehamilan.
Dos/Sukatan Sangobion
Ambil 1-2 kapsul Sangobion setiap hari, semasa atau selepas makan.
Harga Sangobion di Malaysia
Dapatkan Sangobion dengan harga diskaun RM23.90 untuk 28 biji kapsul, di farmasi dalam talian Esyms. Dapatkannya sekarang di: Beli Sangobion di Malaysia.
Kod Promosi dan Diskaun Sangobion
Anda sedang mencari-cari kod promosi dan diskaun untuk membeli Sangobion? Daftar sekarang untuk dapatkan kredit Esmys RM10 secara percuma, dimana anda boleh terus gunakannya untuk pembelian pertama anda di Esyms. Ya betul! Anda boleh berjimat sebanyak RM10 serta merta dengan pembelian Sangobion.
Soalan-soalan Lazim mengenai Sangobion
Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai Sangobion. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.
Sangobion patut diambil selepas atau semasa makan.
Kesan sampingan dalam pengambilan Sangobion adalah berbeza mengikut individu. Anda mungkin akan mengalami tidak-keselesaan atau sakit di bahagian perut, sembelit atau cirit-birit, loya dan muntah-muntah. Untuk mengurangkan kesan sampingan ini, anda disarankan untuk mengambil suplemen zat besi ini bersama dengan makanan anda.
Sangobion seharusnya disimpan di tempat bersuhu bawah 25 °C, dan jauh daripada kawasan yang lembap.
Antara sumber-sumber makanan zat besi yang bagus adalah sayuran, daging, ayam dan ikan.
Ulasan-ulasan pengguna Sangobion
Kakak saya mengamalkan pengambilan Sangobion ketika haid. Produk ini sangat bagus dan berkesan dalam pengeluaran sel darah merah, dimana ia memberikannya tambahan tenaga.
Saya mempunyai tahap hemoglobin yang rendah. Saya sentiasa mengambil satu tablet setiap hari, khususnya ketika haid. Ia juga digalakkan untuk minum lebih banyak air selepas mengambil tablet. Selepas beberapa bulan pengambilan tablet Sangobion, saya berjumpa doktor semula dan menjalani pemeriksaan darah. Tahap hemoglobin saya telah bertambah baik dan kembali kepada julat yang normal.
Kapsul Sangobion mempunyai rasa coklat yang enak, tidak seperti tablet zat besi yang lain. Ia tidak mengalami apa-apa kesan sampingan dan juga tidak memberi kesan kepada rutin pembuangan air besar.
Di manakah saya boleh mendapatkan Sangobion di Malaysia?
Anda boleh mendapatkan produk-produk Sangobion secara dalam talian di farmasi Esyms. Daftarlah untuk dapatkan kredit percuma daripada pembelian pertama anda supaya anda boleh terus berjimat pada masa yang sama. Juga, jangan lupa untuk melihat dan mencuba produk suplemen kesihatan kami yang lain juga!