Profortil Malaysia – Testimoni, Kandungan, Kebaikan Dan Harga

Profortil dihasilkan oleh Lenus Pharma, satu syarikat farmaseutikal berpusat di Austria. Profortil adalah produk suplemen kesihatan yang berfungsi untuk merawat masalah ketidaksuburan lelaki dan meningkatkan kualiti sperma. Faktor yang menyebabkan masalah ketidaksuburan ialah seperti penghasilan sperma yang terhad, perjalanan sperma terganggu, pergerakan sperma yang lemah setelah ejakulasi, Sindrom Oat (perubahan patologi tiga dimensi dalam sperma), dan elemen DNA rosak yang terkandung di dalam oleh sperma.

KONGSI ARTIKEL INI

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email

KANDUNGAN

profortil review malaysia

Penghasilan sperma yang terhad biasanya berlaku berpunca daripada tekanan, jangkitan, gangguan hormon, penyakit kencing manis, tumor, lokasi tidak normal, faktor genetik, faktor persekitaran dan penyalahgunaan alkohol atau dadah, manakala perjalanan sperma yang terganggu adalah berpunca daripada keradangan, gangguan genetik dan varikokel (urat varikos membengkak). Ianya terbukti bahawa dengan pengambilan Profortil sekurang-kurangnya selama 3 bulan telah menunjukkan peningkatan kualiti sperma.

Kandungan Bahan Aktif Profortil

Profortil didatangkan dalam bentuk kapsul sayuran yang berperanan sebagai makanan tambahan, kaya dengan makronutrien. Profortil mengandungi  L-carnitine, L-arginine, Coenzyme Q10 (CoQ10), Vitamin E, zinc, Vitamin B9 (asid folik), glutathione, dan selenium.

Kebaikan Profortil

L-Cartinine adalah sumber substrat tenaga untuk sel sperma, dan juga untuk membantu untuk meningkatkan kualiti pergerakan dan kelangsungan hidup sperma. L-arginine adalah satu jenis asid amino yang berfungsi untuk memastikan kesihatan dan fungsi sperma. CoQ10 pula menghasilkan tenaga dan meningkatkan kualiti pergerakan sperma, sekaligus untuk meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.

Vitamin E adalah mikronutrien yang penting untuk membantu sel sperma untuk masuk ke dalam sel ovum, manakala zink dapat meningkatkan ketumpatan sperma dan paras hormon testosteron dalam badan lelaki. Selain itu, asid folik meningkatkan kuantiti, kualiti dan kesihatan sperma. Selenium pula membantu dalam proses spermatogenesis yang normal (proses penghasilan sperma), manakala glutathione adalah komponen penting dalam penghasilan sperma. Paling penting, Profortil adalah produk yang bebas-laktosa, jadi ia boleh diambil oleh individu yang tidak boleh menghadam laktosa (lactose intolerant).

Secara umumnya, Profortil berfungsi untuk mengoptimumkan kualiti sperma dan kesuburan untuk golongan lelaki. 2 kapsul diambil setiap hari selepas makan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mencapai sokongan nutrisi yang diinginkan.

Kesan Sampingan Profortil

Tiada kesan sampingan direkodkan selepas pengambilan Profortil. Namun begitu, sila berhati-hati sekiranya anda sedang menjalani rawatan terapi Warfarin dan sila berjumpa dengan doktor anda dahulu sebelum memulakan pengambilan Profortil.

Harga Profortil di Malaysia

60 biji Profortil berharga diskaun RM390.00, boleh didapati di kedai dalam talian Esyms. Anda boleh mendapatkan Profortil di Malaysia secara dalam talian menerusi Esyms.

Soalan-soalan Lazim mengenai Profortil

Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai Profortil. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.

Anda harus mengambil 2 tablet Profortil sekali dalam sehari, bersama dengan segelas air, sekurang-kurangnya untuk 3 bulan.

Profortil digalakkan untuk diambil selepas makan.

Sila elakkan daripada mengambil warfarin pada masa yang sama, sekiranya tidak dinasihatkan oleh doktor untuk mengambilnya pada masa serentak. Sila ambil perhatian bahawa Profortil tidak boleh menggantikan rutin makanan harian anda.

Ianya adalah kapsul yang diperbuat daripada selulosa, iaitu bahan yang berasal daripada tumbuhan.

Cara penyimpanan yang terbaik ialah dengan meletakkannya di tempat yang dingin dan kering.

Testimoni Profortil

John
5/5

Saya sudah lama mengambil Profortil. Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Ia menunjukkan hasil yang bagus hanya selepas 60 hari pengambilan, ujian kesihatan saya bertambah baik!

Jordan
5/5

Saya diberitahu oleh doktor bahawa kuantiti sperma saya rendah, jadi saya membuat keputusan untuk mencuba pilihan yang semulajadi untuk meningkatkan tahap kualiti sperma saya. 6 bulan kemudian, dan tanpa campur tangan perubatan, saya menjalani ujian semula dan kuantiti sperma saya meningkat. Sebulan kemudian, isteri saya berjaya hamil. Kini isteri saya sedang hamil 4 bulan dan kami berdua amat bersyukur dengan bantuan yang suplemen ini.

Di Mana Saya Boleh Mendapatkan Profortil Secara Dalam Talian di Malaysia?

Anda boleh mendapatkan Profortil secara dalam talian di farmasi  Esyms! Daftar untuk dapatkan kredit percuma pada pembelian pertama anda supaya anda boleh berjimat pada masa yang sama. Juga, jangan lupa untuk melihat dan mencuba produk suplemen kesihatan kami yang lain juga!