Parodontax – Testimoni, Kebaikan, Kandungan, Harga dan Sebagainya

Parodontax adalah satu jenama di bawah GlaxoSmithKline (GSK), iaitu sebuah syarikat farmaseutikal multinasional British yang berpusat di Brentford, England. Parodontax adalah ubat gigi berfluorida yang fokus kepada penjagaan kesihatan mulut dan memastikan gigi yang sentiasa kuat dan gusi yang sihat. Jika anda menemui darah di dalam mulut ketika anda memberus gigi, ia mungkin petanda awal penyakit gusi. Simptom-simptom bagi penyakit gusi termasuklah gusi bengkak, gusi berdarah, nafas berbau busuk, gusi menyusut dan kehilangan gigi. Di sini lah Parodontax amat berguna untuk membantu mengawal penyakit gusi.

KONGSI ARTIKEL INI

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email

BROWSE OUR REVIEW

parodontax review malaysia

Bagaimana Parodontax berfungsi

Telah terbukti secara klinikal bahawa ubat gigi Parodontax memperbaiki masalah gusi berdarah jika digunakan 2 kali sehari selama 12 minggu atau 3 bulan. Punca yang menyebabkan gusi berdarah ialah pembentukan plak gigi dan penyakit gingivitis. Ubat gigi ini akan melawan pembentukan plak dengan cara memecahkannya dan memusnahkan bakteria plak. Ia juga membantu untuk mencegah gingivitis, iaitu punca terjadinya masalah gusi berdarah.

Kandungan Aktif dan Kebaikan Parodontax

Parodontax mengadungi natrium fluorida yang membantu untuk gigi lebih tahan reput dan tahan daripada dijangkiti bakteria, untuk mencegah daripada terjadinya kaviti (masalah gigi berlubang). Selain itu, ia juga mengandungi natrium bikarbonat yang berfungsi untuk mencegah masalah pereputan gigi, gigi berlubang dan penyakit gusi, begitu juga untuk memutihkan gigi kita.

Parodontax versus Sensodyne: Apakah perbezaannya?

Pertama sekali, Parodontax dan Sensodyne adalah berbeza dari segi bahan aktifnya. Parodontax mengandungi natrium fluorida dan natrium bikarbonat manakala potasium nitrat dan stanus fluorida adalah bahan yang terkandung dalam Sensodyne. Natrium nitrat berfungsi untuk melegakan kesakitan akibat gigi sensitif manakala stanus fluorida membentuk satu lapisan perlindungan untuk melindungi dentin (bahagian dalam gigi). Fungsi utama Parodontax ialah untuk memperbaiki masalah gusi berdarah dan untuk mencegah penyakit gusi manakala sebaliknya, Sensodyne hanya fokus untuk melegakan masalah gigi sensitif.

Parodontax Original

Parodontax original dihasilkan khusus untuk menghalang dan mencegah masalah gusi berdarah, mengekalkan kesihatan gusi, memastikan gigi sentiasa kuat dan nafas yang segar. Gunakan dua kali sehari, dan tidak lebih daripada 3 kali. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Harga beserta diskaun bagi Parodontax Original adalah sebanyak RM11.80 sahaja di kedai dalam talian Esyms.

Dapatkan Parodontax Original secara dalam talian di Malaysia

Soalan-soalan Lazim mengenai Parodontax

Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai Parodontax. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.

Parodontax dihasilkan khusus untuk mereka yang mempunyai atau mereka yang terdedah untuk mendapat penyakit gusi berdarah.

Berus gigi anda secara teliti dengan menggunakan ubat gigi Parodontax disarankan selepas makan, dua kali sehari tetapi tidak melebihi tiga kali dalam sehari. Atau, seperti yang diarahkan oleh doktor gigi atau doktor anda. Setelah selesai memberus, ludahkan ubat gigi tersebut untuk elak dari menelannya tanpa sengaja.

Jika anda berhenti menggunakan ubat gigi Parodontax, tiada apa lagi yang berkesan untuk mencegah terjadinya simptom gingivitis.

Parodontax mampu mengurangkan masalah plak dan gusi berdarah secara berkesan selepas 12 minggu penggunaan.

Parodontax telah terbukti secara klinikal untuk membantu mengurangkan simptom-simptom bagi masalah gusi berdarah dan mencegahnya daripada datang kembali.

Testimoni Parodontax

Ali
5/5

Sebagai pesakit jangka panjang (+25  tahun) untuk penyakit periodontal (penyakit gusi), saya boleh memberi jaminan bahawa Parodontax benar-benar telah membantu saya sepanjang tahun lepas. Sejak bertukar kepada Parodontax, hasil pemeriksaan bagi penyakit gusi saya menjadi lebih baik dengan adanya pengurangan plak/kalkulus (tartar) pada gigi saya. Pemeriksaan untuk gigi saya (setiap 3 bulan) telah menjadi bertambah mudah. Terima kasih Parodontax! Saya sangat mempercayai Parodontax!

Mark
5/5

Sejak menggunakan Parodontax Clean Toothpaste, kini gusi di sekeliling gigi saya kelihatan lebih sihat, dengan berkurangnya nombor ketika sesi pemeriksaan (dimana ianya adalah bagus) dan setiap ahli keluarga saya lebih suka ubat gigi ini berbanding yang lain.Semua orang bersetuju dengan ini. Saya amat mengesyorkan untuk menggunakan Parodontax pada waktu pagi dan malam, seperti yang disarankan oleh juruhigin pergigian saya (pegawai yang bertanggungjawab mengenai rutin pembersihan gigi). Anda cubalah, anda tidak akan rugi apa-apa.. tetapi gigi anda yang rugi jika anda tidak mencubanya.

Aishah
5/5

Saya menghadapi masalah gusi berdarah setiap kali saya berjumpa dengan doktor gigi. Sejak saya mula menggunakan ubat gigi ini, masalah tersebut telah selesai dan gigi saya tidak lagi mempunyai pembentukan tartar yang banyak. Proses pembersihan gigi berjalan dengan lebih lancar.

Di mana saya boleh mendapatkan Parodontax secara dalam talian di Malaysia?

Anda boleh mendapatkan Parodontax secara dalam talian di Malaysia, di farmasi dalam talian Esyms! Daftar untuk dapatkan kredit percuma pada pembelian pertama anda supaya anda boleh berjimat pada masa yang sama. Juga, jangan lupa untuk melihat dan mencuba produk suplemen kesihatan kami yang lain.