Ulasan Nixoderm: Testimoni, Kandungan, Harga dan Kebaikan
Nixoderm terdiri daripada beberapa produk, dikhususkan untuk masalah jerawat dan jangkitan kulat. Nixoderm dicipta oleh seorang doktor dari Amerika lebih 50 tahun dahulu dan merupakan satu nama yang tidak asing lagi untuk merawat masalah kulit dengan berkesan. Terdapat 3 produk utama, iaitu ‘Nixoderm Ointment’, Sabun Nixoderm Sulfur and Salicylic Acid’ dan ‘Sabun Nixoderm Sulfur’.
- Esyms Team
- March 19, 2021
- 6:59 am
SHARE THIS ARTICLE
BROWSE OUR REVIEW
Kegunaan Nixoderm untuk perawatan
Ekzema
Ekzema adalah sejenis keadaan kulit di mana tompokan kulit meradang dan menjadi gatal, kering dan kasar. Ekzema kebiasaannya disebabkan oleh faktor genetik dan faktor persekitaran seperti perengsa (sabun, detergen, syampu dan jus dari tumbuh-tumbuhan), alergen (hama, haiwan peliharaan, debunga, kulat), mikrob (Staphylococcus aureus, virus dan kulat) serta suhu (peluh dari senaman, kelembapan yang tinggi, cuaca yang sangat sejuk atau panas). Kebanyakan kes biasanya melibatkan gejala ekzema yang ringan seperti kulit yang meradang, kulit kering dan bersisik, termasuk luka yang memerah, luka terbuka atau luka yang kering/basah.
Tapak Kaki Gatal
Tapak Kaki Gatal biasanya disebabkan terdedah kepada persekitaran yang lembap dan kering, atau terdedah pada perengsa apabila seseorang itu berjalan tanpa alas kaki, dijangkiti bakteria, virus, parasit atau kulat. Walaubagaimanapun, ada juga penyakit lain yang akan menyebabkan terjadinya Tapak Kaki Gatal (seperti penyakit hati, kanser, penyakit buah pinggang dan banyak lagi), penyakit kulit (Tinea Pedis @Athlete Foot, psoriasis, dermatitis, kulit kering dan sebagainya) dan terdedah pada perengsa. Gejala biasa untuk penyakit Tapak Kaki Gatal ialah luka lecur, kegatalan, ruam, kemerahan, bengkak, dan plak/kepingan putih yang kering dan bersisik.
Kurap
Kurap adalah sejenis jangkitan kulat pada kulit yang akan memberi kesan pada kulit kepala, kaki, kuku, celah peha, janggut dan kawasan lain. Gejala biasa adalah seperti terdapat kepingan (tompokan merah/gatal/bersisik), tompokan yang akibatkan kulit melecur dan tompokan yang menyerupai bulatan yang jelas. Tiga jenis kulat yang boleh menyebabkan kurap adalah: Trichophyton, Microsporum, dan Epidermophyton. Kulat-kulat ini hidup dalam jangka masa yang lama di tanah dan menjangkiti individu setelah individu tersebut bersentuhan dengan tanah.
Bahan-bahan aktif Nixoderm
Bahan-bahan aktif Nixoderm Ointment merangkumi Benzoic Acid 6%, Salicylic Acid 2.5% dan Precipitated Sulphur (belerang) 4.6%. Benzoic Acid mempunyai sifat anti-kulat yang berfungsi untuk merawat jangkitan kulat, manakala Precipitated Sulphur (belerang) mempunyai sifat antiseptik ringan dan dikhususkan untuk merawat jangkitan kulat dan membunuh parasit. Salicylic Acid pula adalah ejen keratogenik yang boleh merawat dan mencegah jerawat.
Sabun Nixoderm Sulur dan Salicylic Acid
Sabun Nixoderm Sulfur dan Salicylic Acid adalah sabun ketarolitik dimana ia mengandungi 8.5% Precipitated Sulphur (belerang) dan 2% Salicylic Acid yang membuang sel kulit mati dan membunuh kuman.
Sabun Nixoderm Sulfur
Sabun Nixoderm Sulfur diformulasikan khas dengan mengandungi 10% Precipitated Sulfur (belerang) untuk melindungi kulit daripada bakteria. Sulfur mempunyai sifat anti-bakteria dimana membuatkan ia sangat berkesan untuk merawat penyakit kulit seperti jerawat dan pori tersumbat (akibat pertumbuhan bulu) dengan cara membunuh kuman.
Kebaikan Nixoderm
Nixoderm Ointment digunakan untuk merawat penyakit luaran disebabkan jerawat, bintik hitam (blackheads), kegatalan, ruam dan kurap, baik di kulit mahupun di kulit kepala. Ianya kekal meresap dan elok melekat di kulit setelah disapu. Formulasinya akan membuatkan bahan-bahan di dalamnya kekal bersentuhan di kulit untuk masa yang lama. Hasilnya, ia akan memberi rawatan yang lebih berkesan, berbanding dengan penggunaan sapuan nipis cecair yang berminyak; yang amat mudah tertanggal.
Selain itu, Sabun Nixoderm Sulphur dan Salicylic Acid boleh membantu mengurangkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Malahan, ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan bau badan, dan juga untuk melembutkan kulit. Sabun Nixoderm Sulphur membantu untuk mencegah masalah pori tersumbat, mengurangkan jerawat di muka dan badan, dan pada masa yang sama memberi perlindungan daripada masalah bau badan. Ia juga mengandungi pelembap untuk melembutkan kulit.
Bagaimana cara untuk menggunakan Nixoderm
Nixoderm Ointment digunakan untuk merawat ekzema, jerawat dan ruam. Sapukan kuantiti Nixoderm yang mencukupi dan pastikan seluruh permukaan kawasan terlibat disapu dengan sempurna. Sapuan boleh dilakukan 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang untuk 7 hari pertama. Kemudian, hentikan penggunaan Nixoderm untuk 3 hari, dan selepas itu sambung semula sapuan untuk 7 hari berikutnya. Teruskan rawatan/sapuan sehingga kawasan terlibat menjadi elok kembali seperti keadaan kulit yang asal.
Nixoderm Ointment juga boleh digunakan untuk merawat penyakit Tapak Kaki Gatal @Foot Itch. Sapukan Nixoderm Ointment 2 kali sehari di kawasan yang terlibat dan khususnya di kawasan celahan antara 2 jari kaki.
Sapuan boleh dibuat untuk 7 hari berturut-turut, kemudian berhenti untuk 3 hari dan kemudian sambung semula sapuan untuk 7 hari berikutnya.
Anda digalakkan untuk teruskan sapuan Nixoderm selama 3 minggu walaupun setelah semua gejala telah hilang kerana penyakit Tapak Kaki Gatal adalah satu penyakit kulit yang agak susah untuk sembuh, dimana ia berpotensi untuk muncul semula walaupun telah hilang pada awalnya.
Nixoderm Ointment juga berkesan untuk mengatasi masalah kurap dengan cara menyapu Nixoderm 2 kali sehari untuk 7 hari berturut-turut, kemudian berhenti untuk 3 hari dan setelah itu sambung semula sapuan untuk 7 hari lagi. Cara sapuan ini harus diteruskan untuk selama yang diperlukan kerana penyakit kurap juga salah satu penyakit yang amat sukar untuk sembuh.
Penggunaan Sabun Nixoderm Sulphur yang tetap dan teratur boleh membantu untuk mengekalkan kulit yang lebih sihat dan lembut. Kedua-dua Sabun ‘Nixoderm Sulphur’ dan ‘Sabun Nixoderm Sulphur dan Salicylic Acid’ boleh digunakan 2 kali sehari ketika mandi untuk mendapatkan kesan yang optima dan kulit yang lebih sihat.
Kod Promosi Nixodem
Anda sedang mencari kod promosi atau kod diskaun untuk membeli Nixoderm? Daftarlah untuk dapatkan kredit percuma di farmasi dalam talian Esyms dan gunakannya terus sejurus selepas kami tempatkan produk ini di dalam kedai kami.
Harga Nixodem
Dapatkan harga diskaun Nixoderm Ointment dengan RM6.80 sahaja di kedai dalam talian Esyms. 100g Sabun Nixoderm Sulphur dan Salicylic Acid berharga (beserta diskaun) RM12.50, manakala harga 100g Sabun Nixoderm Sulphur cuma RM15.50 sahaja di kedai dalam talian Esyms.
Soalan-soalan Lazim mengenai Nixoderm
Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai Nixoderm. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.
Sekiranya anda terlupa untuk menggunakan krim ini pada masa tertentu, anda perlu terus menggunakannya dengan serta-merta.. Walaubagaimanapun, jika waktu itu terlampau dekat dengan waktu sapuan seterusnya, anda tidak perlu sapu serta-merta dan anda biarkan sahaja sapuan yang tertinggal itu.
Sekiranya anda menggunakan Nixoderm secara berlebihan untuk beberapa kali sapuan, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Tetapi, jika anda menggunakan secara berlebihan untuk jangka masa yang lama atau telah tertelan produk ini secara tidak sengaja, ia mungkin boleh menyebabkan anda sakit. Sekiranya anda tidak selesa atau berasa tidak sihat, sila berjumpa dengan doktor atau pergi ke hospital dengan kadar segera.
Cara terbaik adalah dengan meletakkannya di dalam bekas kedap udara yang ditutup ketat dan terlindung daripada cahaya matahari, dengan suhu di bawah 30 °C.
Tiada kesan sampingan yang pernah direkodkan akibat penggunaan produk. Walaubagaimanapun, anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami apa-apa kesan sampingan atau mengalami kesan ubat yang buruk.
Testimoni Nixoderm
Produk ini sangat hebat! Saya selalu menghidapi penyakit kurap yang berterusan, dimana ia AMAT sukar untuk hilang. Selalunya, saya perlu menggunakan banyak jenis produk selama berbulan-bulan untuk menghilangkan kulat itu. Tetapi, walaupun saya baru menggunakan produk Nixoderm ini dua hari yang lalu, saya sudah dapat melihat kadar kesembuhan yang cepat!
Saya telah menghidapi penyakit kurap di seluruh tubuh badan saya sejak berbulan-bulan yang lalu, iaitu sudah menghampiri setahun lamanya. Saya sudah berjumpa dengan doktor dan saya telah dibekalkan dengan satu jenis ubat, yang saya telah pun habis menggunakannya, tetapi, kurap itu masih ada. Saya telah mendapatkan produk Nixoderm ini dan setelah menggunakannya selama 2 minggu, saya sudah nampak hasilnya. (Kawasan yang disapu dengan Nixoderm akan merasa sedikit panas). Parut akibat kurap juga sudah semakin pudar! Cuma mengambil masa 2 minggu!
Produk ini membuatkan penyakit Tinea Pedis @Athlete Foot yang telah saya hidapi selama 3 tahun semakin sembuh, berbanding dengan produk-produk lain di pasaran. Ia juga melegakan kegatalan dan keradangan yang saya rasa, dan telah mengurangkan permukaan yang bersisik.
Setelah beberapa perjumpaan dengan pakar kulit beserta ubat/perskripsi yang dibekalkan tidak berkesan, saya terjumpa sebuah iklan mengenai Nixoderm. Dalam masa beberapa minggu dengan cara sapuan 2 kali sehari, ruam yang amat gatal dan menyebabkan saya tidak tidur lena sudah hilang. Ia juga sangat mujarab untuk apa-apa masalah kulit yang pernah saya hidapi sejak 12 tahun lepas!
Di manakah saya boleh mendapatkan Nixoderm di Malaysia?
Anda boleh mendapatkan produk-produk Nixoderm secara dalam talian di farmasi Esyms! Daftarlah untuk dapatkan kredit percuma daripada pembelian pertama anda supaya anda boleh terus berjimat pada masa yang sama. Juga, jangan lupa untuk melihat dan mencuba produk suplemen kesihatan kami yang lain juga!