Testimoni Centrum Malaysia: Kegunaan, Manfaat Dan Harga

Jenama Centrum dihasilkan oleh Pfizer Inc., sebuah syarikat farmaseutikal multinasional Amerika yang beribu pejabat di New York City, Amerika Syarikat. Tubuh badan kita memerlukan banyak vitamin dan mineral untuk berfungsi dengan baik tetapi sebahagian daripadanya tidak dapat diperoleh daripada makanan, jadi di sinilah produk Centrum sangat berguna. Centrum menawarkan pelbagai jenis produk multivitamin yang dirumuskan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Beberapa produk yang popular adalah seperti Centrum Silver dan Centrum Energy. Centrum Silver adalah produk multivitamin yang digunakan untuk merawat atau mencegah kekurangan vitamin dan mineral. Sementara itu, Centrum Energy adalah produk multivitamin dan mineral yang membantu mengurangkan rasa letih dan meningkatkan kepekaan mental.

SHARE THIS ARTICLE

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email

BROWSE OUR REVIEW

centrum malaysia review

Formula dan Bahan Aktif Centrum

Terdapat 2 produk Centrum yang popular di dalam pasaran Malaysia

Centrum Silver adalah dalam bentuk tablet dan tablet-kunyah yang disasarkan khusus untuk orang dewasa berumur 50 tahun ke atas. Centrum Silver mengandungi Vitamin A, C, D, E, K, Pyridoxine (Vitamin B6), Cyanocobalamin (Vitamin B12), mineral, lutein dan likopen. Tablet Centrum Silver disarankan untuk mengambilnya satu tablet sekali sehari dengan air, sementara bentuk yang tablet-kunyah boleh diambil dengan atau tanpa air.

 

Centrum Energy boleh didapati dalam bentuk tablet yang mengandungi Tiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacinamide (Vitamin B3), Asid Pantothenic (Vitamin B5), Pyridoxine (Vitamin B6), Biotin (Vitamin B7), Asid Folik (Vitamin B9), Cyanocobalamin (Vitamin B12), Vitamin C dan E dan campuran mineral yang dirumuskan secara saintifik. Anda boleh mengambil tablet Centrum Energy sekali sehari.

Manfaat Centrum

Kelebihan Centrum Silver termasuklah: menyokong sistem imuniti badan, tenaga dan metabolisma, meningkatkan kesihatan jantung dan memenuhi keperluan pemakanan terutama untuk lelaki dan wanita berusia 50 tahun ke atas. Makanan tambahan ini mengandungi vitamin dan mineral penting termasuk Vitamin D dan kalsium untuk menyokong tulang yang kuat, Vitamin B untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung, zink untuk menyokong fungsi otak yang normal, dan lutein dan vitamin A, C, dan E untuk membantu menyokong mata yang sihat. Ini formulakan berdasarkan perubahan fisiologi mereka bersama dengan pengambilan rujukan diet (DRI) yang disyorkan.

Centrum Energy membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan rasa letih, menyokong ingatan dan tumpuan mental sambil membekalkan sokongan antioksidan. Vitamin yang terdapat dalam suplemen ini seperti Vitamin B3, juga dikenal sebagai niasin, dapat mengawal kadar kolesterol dan mengurangkan risiko kardiovaskular. Sementara itu, Vitamin B12 sangat penting dalam fungsi sistem saraf dan otak serta pembentukan sel darah merah.

Harga Centrum di Malaysia

Centrum Silver dijual dengan harga diskaun RM69.90 untuk 100 tablet dan RM135.90 untuk  paket yang mengandungi 100 tablet di kedai dalam talian Esmys. 60 tablet Centrum Energy dijual dengan harga diskaun RM42.90 di kedai dalam talian Esmys.

Kod Promosi Centrum

Anda sedang mencari kod promosi atau kod diskaun untuk membeli vitamin Centrum? Daftar untuk dapatkan kredit percuma di farmasi dalam talian Esyms, dimana anda boleh terus menggunakannya di kedai kami.

Soalan-soalan Lazim Centrum

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai produk Centrum. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.

Dos kedua-dua Centrum Silver dan Centrum Energy adalah satu tablet sekali sehari dengan air.

Centrum Silver dan Centrum Energy disyorkan untuk diambil selepas makan.

Centrum Silver dan Centrum Energy secara umumnya boleh diterima dengan baik. Kesan sampingan biasanya bersifat sementara dan mungkin termasuk sembelit, cirit-birit, sakit kepala, rasa tidak enak di mulut atau sakit perut. Rujuk doktor atau ahli farmasi sekiranya anda merasai kesan sampingan yang teruk.

Rujuk/dapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum menggunakan supplemen ini jika anda hamil atau menyusukan bayi. Ini disebabkan dos sukatan untuk vitamin dan mineral sepanjang fasa kehamilan dan penyusuan mungkin berbeza. Sila rujuk/dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi dahulu mengenai formula vitamin pra-kelahiran yang khusus.

Elakkan mengambil lebih daripada satu produk multivitamin pada masa yang sama melainkan jika doktor anda mengarahkan anda melakukannya. Mengambil produk dengan bahan kandungan yang sama boleh mengakibatkan masalah terlebih dos atau kesan sampingan yang serius.

Elakkan penggunaan pengganti garam dalam makanan anda jika multivitamin dan mineral anda mengandungi kalium. Sekiranya anda sedang menjalani pemakanan yang rendah garam, sila dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mengambil suplemen vitamin atau mineral.

Jangan minum ubat ini dengan susu, produk tenusu lain, suplemen kalsium, atau antasid yang mengandungi kalsium. Kalsium boleh mempengaruhi penyerapan mineral tertentu.

Cara penyimpanan Centrum yang terbaik ialah dengan menyimpannya di tempat yang bersuhu bilik dan kering.

Testimoni Centrum

David G.
5/5

Saya telah menggunakan banyak vitamin dan mineral selama bertahun-tahun! Kebanyakannya berharga mahal dengan bahan yang meragukan.. Saya mendapati Centrum adalah produk yang mengandungi bahan utama yang mempunyai formula ringkas, dengan harga yang berpatutan dan juga dihasilkan oleh Pfizer, iaitu syarikat farmasi yang berkualiti. Saya menggunakan produk men’s 50+ dan hasilnya dapat dilihat dengan jelas bagi saya.

KJS
5/5

Saya telah mengambil satu tablet sehari sepanjang bulan lepas  dan ia berfungsi dengan baik untuk saya. Saya merasa lebih baik kerana  mengetahui bahawa saya sedang memperolehi vitamin penting setiap hari dan saya telah mendapati bahawa tahap tenaga saya telah mengalami sedikit peningkatan.

Sarah
5/5

Sejujurnya saya beranggapan bahawa tablet ini telah meningkatkan mood saya. Saya telah menopaus dan telah pun mengambil produk Centrum  ‘50 plus ones’ dan saya berasa lebih baik sejak mula meminumnya 6 minggu yang lalu.

AK
5/5

Rambut dan kuku saya bertambah baik dengan Centrum. Saya telah menggunakan Centrum selama 6 bulan yang lalu, dan juga ketika luka mulut saya hilang sepenuhnya, pada masa yang sama kuku saya menjadi sangat kuat, dan juga tekstur rambut saya. Ini jelas bukannya satu kebetulan, kerana kuku saya selalu rapuh dan lemah, dan sekarang sebaliknya pula yang telah terjadi.

Di mana saya boleh mendapatkan Centrum Vitamins secara dalam talian di Malaysia?

Anda boleh mendapatkan Centrum Vitamins secara dalam talian di Malaysia, di farmasi dalam talian Esyms! Daftar untuk dapatkan kredit percuma pada pembelian pertama anda supaya anda boleh berjimat. Juga, jangan lupa untuk melihat dan mencuba produk suplemen kesihatan kami yang lain!