Panduan Serat Pemakanan: Makanan, Sumber Dan Suplemen
Apakah Serat Pemakanan? Serat Pemakanan adalah satu istilah yang digunakan untuk menghuraikan karbohidrat berasaskan-tumbuhan yang tidak dapat dihadam dalam sistem gastro-usus manusia. Menurut American Heart Association (AHA), pengambilan harian bagi serat pemakanan haruslah sebanyak 25g.
- Esyms Team
- June 30, 2021
- 2:44 pm
SHARE THIS ARTICLE
BROWSE OUR REVIEW
Jenis Serat Pemakanan
Terdapat dua jenis serat pemakanan, iaitu serat larut dan serat tidak larut. Semua serat larut melambatkan proses pencernaan — Oleh itu, ia meningkatkan masa yang diperlukan oleh badan untuk menyerap gula dari makanan. Ini membantu mengelakkan peningkatan kadar gula dalam darah yang cepat, dan boleh digunakan dalam pengawalan diabetes. Serat larut juga bergabung dengan asid lemak dan dikeluarkan bersama-sama daripada badan, jadi ia boleh menurunkan kadar kolesterol LDL. Sebaliknya, serat tidak larut memberikan kelembapan dan menggerakkan sisa produk dalam usus. Oleh itu, ia dapat membantu untuk mencegah sembelit.
Sumber Serat Pemakanan
Kedua-dua jenis serat boleh diperoleh daripada makanan dan suplemen. Makanan yang mengandungi serat larut yang tinggi termasuklah gandum, kacang, kacang pea, legum, ubi kentang, epal, mangga, beri, kiwi dan buah pic. Makanan yang mengandungi serat tidak larut adalah kulit buah-buahan, kulit kacang, kulit kentang, bijirin-penuh, gandum-penuh dan produk bijirin bran penuh, beras perang, biji, brokoli, bayam, lobak merah, timun, saderi, selada dan tomato. Sekiranya pengambilan serat dari sumber makanan tidak mencukupi, suplemen serat amat digalakkan. Namun begitu, bagi mereka yang memerlukan serat untuk sifat pelindung-jantung, adalah disarankan untuk mendapatkan serat tersebut dari sumber makanan harian.
Manfaat Serat Pemakanan
Serat membantu mencegah sembelit kerana najis ketika sembelit bersifat kering dan keras. Di sinilah serat sangat berguna untuk membantu menarik air dari usus besar anda dan menjadikan najis anda lebih lembut dan lebih senang dikeluarkan. Selain itu, serat juga membantu ketika cirit-birit di mana ketika ini, najis sangat cair kerana terdapat terlalu banyak air di usus besar. Serat larut berfungsi dengan menyerap lebihan cecair di usus besar dan menjadikan najis cair menjadi lebih keras. Serat juga dapat membantu dalam penjagaan penyakit jantung dan tekanan darah kerana serat dapat menurunkan kadar kolesterol LDL dalam badan. Tahap LDL yang tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung.
Selain itu, serat juga dapat menjaga kesihatan sistem pencernaan dengan menggalakkan pertumbuhan mikrobiota usus yang sihat dan mencegah sembelit. Serat juga berfungsi untuk mengurangkan kadar gula dalam darah yang tinggi dengan melambatkan penyerapan gula dalam badan kita dalam usahaa mencegah diabetes. Jenis serat yang khusus, iaitu serat larut, adalah penekan selera makan semula jadi yang membantu menyekat selera makan, dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori dan mengurangkan berat badan.
Suplemen Serat
Secara amnya, kebanyakan suplemen serat diambil terutamanya untuk tujuan pencegahan sembelit berbanding dengan mengurangkan kadar kolesterol dan kadar gula dalam darah yang tinggi. Ia boleh didapati dalam banyak bentuk, termasuk kapsul, serbuk, dan tablet kunyah, dimana ia mengandungi serat fungsi yang diekstrak sama ada daripada sumber semula jadi atau dihasilkan di makmal. Beberapa contoh serat semula jadi adalah lignin, selulosa, pektin, gusi, dan psyllium, sementara serat buatan adalah seperti maltodextrins, polydextrose dan polyols.
Suplemen Serat Terbaik Di Malaysia
Esyms bekerjasama dengaan rangkaian farmasi bebas yang terbesar di Malaysia. Menerusi pengetahuan yang kami tentang produk farmasi di Malaysia, kami telah menghasilkan satu senarai Suplemen Serat Terbaik di Malaysia.
1) Nestle Nutren Fibre 800g
Nestle Nutren Fiber dihasilkan bagi tujuan merangsang fungsi gastrousus yang optimum. Ia mengandungi prebiotik, protein berkualiti tinggi, vitamin keperluan dan mineral yang biasanya disyorkan untuk pesakit yang menjalani rawatan perubatan dan pemakanan secara dalam tiub untuk jangka masa panjang. Ia juga boleh dijadikan sumber nutrisi atau sebagai suplemen. Produk ini bebas gluten dan bebas laktosa.
2) Nutrasols Fibrenu
Nutrasols Fibrenu adalah minuman yang berfungsi sebagai ‘pembersih’ yang diekstrak daripada 100% serat buah organik yang semula jadi. Ia memelihara kesihatan usus secara optimum dengan membersihkan dan menguatkan usus besar dan pada masa yang sama meningkatkan integriti usus dan penyerapan nutrien. Ia mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut, prebiotik, dan klorofil.
3) Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex
Beauxlim Lemon Mix Fiber adalah minuman serat berfungsi yang berasal daripada 100% bahan berasaskan tumbuhan, termasuk lemon dan teh hijau. Ia mengandungi serat, ekstrak teh hijau, ekstrak lemon, inulin, dan vitamin C. Lemon membantu meningkatkan proses pencernaan dan membersihkan badan manakala ekstrak teh hijau membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme dan kadar pencernaan lemak di dalam badan.
4) Abbott Surbex Nutri-Fibre
Abbott Surbex Nutri Fiber adalah suplemen serat yang membantu mengekalkan pergerakan usus secara berkala. Ia diformulasikan daripada serbuk dextrin gandum, yang merupakan serat tidak-likat larut yang mempunyai rasa neutral. Ia bebas natrium dan gula dan sesuai untuk penggunaan jangka masa yang panjang.
5) Fybogel
Fybogel adalah minuman serat semula jadi yang diekstrak daripada sekam Ispaghula dan Ispage yang digunakan untuk merawat sembelit. Ia harus diambil dengan mencampurkan dengan air yang banyak. Ia biasanya diambil selepas makan dan memerlukan 2 hingga 3 hari untuk ia berkesan.
6) Total Image Puri Cleanx Capsule 500mg
Total Image Puri Cleanx Capsule diformulasikan dengan bahan semulajadi seperti ekstrak Garcinia Cambogia yang membantu menyahtoksin badan dan mengekalkan berat badan. Bahan-bahannya membekalkan tenaga dan meningkatkan proses pencernaan dan metabolisme lemak semulajadi badan dan pada masa yang sama menyekat selera makan.
7) Megalive Avo-Kenz
Megalive Avo-Kenz adalah minuman berformulasi yang bertujuan untuk detoks dan pembersihan badan dengan 100% bahan semulajadi. Ia mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut yang diekstrak terutamanya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, inulin, prebiotik dan enzim yang bekerjasama untuk menjaga kesihatan sistem gastro-usus.
8) Sustinex Dietary Fibre Smoothie
Sustinex Dietary Fiber Smoothie adalah smoothie serat Indeks Glikemik (GI) rendah yang mengandungi serat larut dan tidak larut—serat gandum, ekstrak rumput laut, ekstrak akar Chicory, konjac gum, gum arabic, dan chia seed. Ia digunakan untuk memastikan pergerakan usus yang lebih baik.
9) Apple Fiber Enrich
Apple Fiber Enrich menyediakan gabungan bahan termasuk sekam psyllium, epal hijau, oat, ekstrak chicory dan ekstrak cascara sagrada. Ia digunakan terutamanya untuk melegakan sembelit ringan dan memperbaiki aliran usus.
10) Celllabs HBF
Celllabs HBF diekstrak 100% daripada lebih 29 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat yang organik. Ia mengandungi enzim aktif, serat, prebiotik, probitotik dan fitonutrien. Ia membantu mengembalikan fungsi badan dengan lebih berkesan dengan mengeluarkan produk buangan daripada badan serta meningkatkan penyerapan nutrien. Zat fitonutrien dapat membantu dalam menyahtoksin badan daripada bahan kimia dan asid yang terdedah setiap hari.
Soalan-soalan Lazim mengenai Suplemen Serat
Anda disyorkan untuk mengambil suplemen serat selepas makan pada waktu petang. Campurkan kandungan suplemen dengan segelas air panas atau sejuk jika perlu.
Dos sukatan yang diperlukan untuk setiap produk adalah berbeza. Sila sentiasa patuhi arahan sepertimana yang terlah tertera pada pembungkusan dan label. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor anda jika perlu.
Hampir kesemua suplemen serat adalah bersumberkan daripada bahan yang berasaskan-tumbuhan. Namun begitu, sila pastikan memeriksa dahulu jadual kandungan dan senarai bahan yang tertera di label bungkusan sebelum membuat pembelian.
Anda disyorkan untuk memeriksa dahulu dengan farmasi atau pihak berkuasa tempatan untuk memastikan samada produk ini mempunyai sijil halal sebelum membuat pembelian.
Beli Suplemen Serat Online Di Malaysia
Farmasi dalam talian Esyms menawarkan pilhan rangkaian yang luas bagi suplemen fibre untuk memenuhi keperluan harian anda. Sila lawati farmasi dalam talian kami dan untuk mendapatkan suplemen serat yang terbaik sekarang.