Suplemen Kolagen Terbaik Malaysia – Harga, Manfaat Dan Kegunaan

Kolagen merupakan komponen kulit yang paling banyak. Ia adalah protein yang menentukan keadaan kulit, dengan mengekalkan struktur kulit dan membolehkan fungsinya untuk berlaku. Faktor luaran (merokok, gaya hidup tidak sihat, pendedahan cahaya matahari, dan lain-lain) dan faktor dalaman (penuaan, faktor genetik, kekurangan nutrien dan lain-lain) akan menyebabkan pembentukan kolagen berkurang, sehingga menyebabkan penurunan keanjalan dan pembentukan garis dan kedutan. Kulit akan menjadi lebih nipis dan kering kerana kehilangan kolagen. Oleh kerana itu, ramai orang mencari produk kolagen dan suplemen untuk melawan penuaan kulit dan menjadikan kulit awet muda.

SHARE THIS ARTICLE

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email

BROWSE OUR REVIEW

collagen malaysia review

Jenis Kolagen

Terdapat 28 jenis kolagen yang telah ditemui tetapi hanya lima daripadanya yang diklasifikasikan sebagai antara yang paling biasa, termasuk kolagen jenis I, kolagen jenis II, kolagen jenis III, kolagen jenis V dan kolagen jenis X.

Kolagen jenis I adalah protein yang paling banyak dijumpai pada manusia. Ia membantu mengekalkan kulit, rambut, dan kuku yang sihat, oleh itu kekurangan kolagen jenis I akan menyebabkan kuku rapuh, rambut menipis dan kulit menjadi kendur.

Kolagen Jenis II boleh didapati terutamanya di tulang rawan dan ia membantu membentuk tulang rawan dan menyokong sendi yang sihat.

Kolagen Jenis III tertumpu pada serat retikular seperti sumsum tulang sementara kolagen Jenis V pula berfungsi untuk menghasilkan sel plasenta bagi wanita hamil dan membentuk permukaan sel dan rambut.

Kolagen jenis X adalah protein yang terdapat pada tulang rawan sendi yang normal.

Manfaat Kolagen

Kolagen adalah penting untuk menguatkan kulit sambil mengekalkan keanjalan dan penghidratannya. Telah terbukti bahawa suplemen kolagen dapat membantu melambatkan proses penuaan dengan mengurangkan pembentukan kedutan dan kulit kering.

Selain itu, kolagen membantu mengekalkan koherensi (kepaduan) tulang rawan dan melindungi sendi anda. Apabila umur anda semakin meningkat, jumlah kolagen di dalam badan anda semakin berkurangan dan ini boleh menyebabkan gangguan sendi degeneratif seperti osteoartritis.

Suplemen Kolagen Terbaik Di Malaysia

Walaupun anda dapat memperoleh banyak jenis kolagen daripada makanan anda, ia mungkin tidak mencukupi. Suplemen kolagen telah menjadi pilihan ramai dan selalunya akan mengandungi sebahagian atau semua sumber kolagen dalam satu produk. Produk-produk ini secara umumnya adalah selamat dan senang digunakan. Terdapat pelbagai produk kolagen di pasaran Malaysia iaitu dalam bentuk minuman kolagen, serbuk, pil dan juga krim kolagen.

Kolagen krim adalah suplemen kolagen yang digunakan pada kulit yang bertujuan untuk membantu melambatkan penuaan kulit. Tablet kolagen dan serbuk biasanya berasal daripada tisu haiwan seperti lembu dan ikan. Protein diubah menjadi gelatin dan seterusnya dipecah menjadi bentuk serbuk semasa proses pembuatan. Sebaliknya, minuman kolagen, produk cecair sedia-untuk-diminum, berasal daripada ikan dan dihasilkan melalui pemecahan serat kolagen menjadi peptida kolagen, iaitu rantai kolagen kecil dalam proses hidrolisis.

Esyms telah bekerjasama dengan rangkaian farmasi bebas terbesar di Malaysia. Melalui rangkaian dan pengetahuan yang luas kami dalam produk farmasi di Malaysia, kami telah membuat satu senarai Suplemen Kolagen Terbaik di Malaysia.

1) Kinohimitsu Japan Collagen Diamond 5300mg Drink

Kinohimitsu Japan Collagen Diamond 5300 Drink​

Minuman Kinohimitsu Collagen Diamond 5300mg mengandungi kolagen peptida dengan struktur molekul yang lebih kecil untuk penyerapan yang lebih baik. Kolagen yang dihidrolisis, atau juga dikenali sebagai kolagen peptida, lebih mudah diserap oleh badan berbanding  kolagen. Ia membantu melancarkan penghasilan kolagen dalam badan kita dan mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit kita. Ia juga mengandungi Vitamin C dan 100% semula jadi – dihasilkan dari ekstrak epal, lemon dan laici.

2) Blackmores Collagen 10000mg

blackmores collagen review

Minuman Blackmores Collagen dihasilkan dengan kolagen yang berasal daripada teknik pengambilan kolagen ikan berkualiti tinggi untuk membekalkan nutrien dan protein yang diperlukan oleh kulit dan badan tanpa rasa hanyir! Produk ini juga mengandungi ekstrak biji anggur dan Vitamin E untuk memyokong pertumbuhan semula kulit. Produk ini terkenal sebagai kolagen ikan yang terbaik untuk kulit kita.

3) Total Image Collagen Drink

total image collagen drink

Total Image Collagen Drink mengandungi 5000mg kolagen ikan laut. Ia dapat membantu mengurangkan kedutan, kulit yang kendur dan kedutan bawah mata (eyebag). Penggunaan jangka panjang dapat meningkatkan kekuatan rambut, kuku dan sendi. Produk ini terkenal sebagai salah satu minuman kolagen terbaik untuk sendi.

4) GNC Lac Taut Collagen Drink

GNC Lac Taut Collagen

Minuman Kolagen GNC Lac Taut dihasilkan daripada ikan, ekstrak tulang rawan jerung, asid hyaluronik dan vitamin, untuk melembapkan lapisan kulit yang lebih dalam supaya mendapatkan kulit yang muda dan terhidrat. Kandungan asid hyaluronik dan asid amino dapat membantu memperbaiki serat kolagen kulit kita yang rosak.

5) Nova Collagen Oral Powder

nova collagen oral powder

Nova Collagen dihasilkan daripada kolagen ikan bergred premium yang telah dihidrolisis. Produk ini diformulasikan dengan menggunakan teknologi glisemik rendah yang menjadikannya sesuai untuk semua orang termasuk pesakit diabetes. Serbuk ini tidak berbau hanyir.

6) Kordel’s Hyaluronic Acid with Collagen Capsule

Kordel’s Hyaluronic Acid with Collagen Capsule​

Kordel Hyaluronic Acid Collagen Capsule dihasilkan daripada sternum ayam yang membekalkan kolagen Jenis II dan ekstrak balung ayam yang menyediakan asid hyaluronik. Kolagen Jenis II adalah protein struktur yang paling banyak terdapat pada sendi tulang rawan manakala asid hyaluronik dijumpai terutamanya dalam cecair sinovial pada sendi. Produk ini disyorkan untuk mereka yang mencari suplemen sendi yang selamat untuk perlindungan penjagaan sendi.

7) Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence Cream

Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence Cream​

Krim Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence ini menggabungkan kebaikan kedua-dua pelembap dan esen untuk membekalkan nutrien dan kelembapan yang tinggi kepada kulit.

Soalan-soalan lazim mengenai Kolagen

Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai suplemen, minuman dan produk kolagen.

Suplemen kolagen diperbuat daripada sumber alahan makanan yang biasa seperti ikan, susu dan banyak lagi. Oleh itu, mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan ini harus memeriksa senarai ramuan sebelum mengambilnya.

Adalah disyorkan untuk mengambil suplemen kolagen ketika perut kosong untuk tujuan penyerapan yang lebih baik. Jadi, anda harus mengambilnya sebelum sarapan pada waktu pagi, atau sebelum tidur pada waktu malam.

Dos sukatan yang diperlukan bagi setiap adalah berbeza. Sila ikuti arahan sepertimana yang tertulis pada label produk.

Pastikan anda memeriksa dahulu senarai bahan kandungan sebelum membuat pembelian. Kebanyakan suplemen kolagen yang terdapat di pasaran adalah berasaskan daripada sumber-haiwan tetapi masih juga terdapat sebahagian produk yang dihasilkan daripada protein tumbuhan.

Anda disyorkan untuk memeriksa dahulu dengan farmasi atau pihak berkuasa tempatan untuk memastikan produk mempunyai sijil halal sebelum anda membuat pembelian.

Dimanakah Boleh Saya Membeli Suplemen Kolagen Di Malaysia?

Anda boleh membeli suplemen kolagen in Malaysia secara online di farmasi dalam talian esyms.