Testimoni Dermatix Malaysia — Manfaat, Harga Dan Sebagainya

Rangkaian produk Dermatix adalah tertumpu pada rawatan parut. Ia mempunyai produk yang merawat parut yang terhasil daripada luka yang kecil, calar-calar atau luka terbakar, pembedahan, pembedahan C-section hingga parut jerawat. Matlamat utama produk adalah untuk mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut dan meningkatkan nilai estetika pada kawasan kulit yang terlibat.

SHARE THIS ARTICLE

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email

BROWSE OUR REVIEW

dermatix review

Dermatix For Acne Scar

dermatix for acne scars

Dermatix for Acne Scar adalah antara produk yang paling popular. Produk ini dirumuskan secara khusus untuk merawat parut jerawat. Ia berfungsi dengan menghilangkan parut, tanda dan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh jerawat. Ia juga membantu melicinkan, melembapkan dan mencerahkan kulit.

Dermatix Ultra

dermatix ultra

Dermatix Ultra adalah produk Dermatix berstandard emas untuk perawatan luka pembedahan. Ia secara khususnya digunakan setelah luka tertutup dan kering. Dermatix Ultra bertindak dengan menyokong proses pemulihan semula jadi tubuh anda, dengan melindungi parut anda dan menyokong penghasilan kolagen untuk mengurangkan pembentukan parut. Produk ini sesuai digunakan untuk orang yang telah bersalin melalui pembedahan Caesarean.

Dermatix Advance

dermatix advance

Dermatix Advance adalah formula rawatan parut yang diperkaya dengan kandungan Vitamin C Ester untuk menyokong proses pencerahan kulit. Produk ini biasanya digunakan untuk parut harian dan boleh digunakan untuk parut yang telah wujud tidak lebih daripada 2 tahun. Mekanisme tindakannya serupa dengan 2 produk lain, dan ia juga dapat berfungsi pada luka yang lebih lama, asalkan masih terdapat tanda-tanda penyembuhan seperti kemerahan, gatal, kerengsaan atau pertumbuhan parut yang berterusan.

Manfaat Dermatix

Secara umunya, produk Dermatix akan membantu dalam penyembuhan parut dan meningkatkan nilai kosmetiknya, menjadikan pengguna produk lebih berkeyakinan dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada memperbaiki nilai kosmetik, sesetengah parut boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, gatal-gatal dan malahan mengehadkan pergerakan. Dermatix bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Harga Dermatix di Malaysia

Anda boleh mendapatkan Dermatix di Malaysia secara dalam talian dengan harga diskaun RM59.90 untuk Dermatix Advance dan RM105.90 untuk Dermatix Ultra di dalam kedai farmasi dalam talian Esyms.

Kod Promosi Dermatix

Adakah anda sedang mencari kod promosi atau kod diskaun untuk membeli Dermatix? Daftar untuk dapatkan kredit percuma di farmasi dalam talian Esyms, dimana anda boleh terus menggunakannya untuk pembelian Dermatix di Esyms!

Soalan-soalan Lazim Mengenai Dermatix

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai Dermatix. Kami akan menambah lagi senarai soalan sekiranya ada.

Sapukan Dermatix for Acne Scar di kawasan berkenaan dua kali sehari. Sekali pada waktu siang, dan sekali lagi pada waktu malam. Sapukannya pada kulit yang kering sehingga ia diserap sepenuhnya.

Sapukan Dermatix Ultra dua kali pada kawasan yang berkenaan dengan mengurutnya secara lembut. Sekali pada waktu siang dan sekali lagi sebelum tidur – sapukan pada kulit yang kering sehingga ia diserap sepenuhnya.

Mulakan dengan membersihkan kawasan berkenaan dengan sabun yang lembut dan air, dan kemudian lapkannya sehingga kering. Sapukan kuantiti yang sedikit pada pangkal parut dan ratakannya dengan lembut secara nipis ke seluruh kawasan yang terlibat. Kuantiti yang kecil adalah mencukupi untuk meliputi parut berpanjang 6 inci. Biarkannya selama 1-2 minit. Setelah kering,  Dermatix® Advance boleh disapu dengan kosmetik atau pelindung matahari. Dermatix® Advance perlu disapu sebanyak dua kali sehari.

Menurut laman web rasmi Dermatix, adalah amat disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan Dermatix ketika hamil. Ini memandangkan tidak terdapat maklumat mencukupi mengenai maklumat keselamatan berkenaan penggunaannya sepanjang kehamilan.

Menurut laman web produk ini, Dermatix mengakui bahawa berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sepatutnya tiada sebarang kesan sampingan seperti kulit merengsa, merah-merah atau sakit selepas menggunakan Dermatix. Namun begitu, sekiranya anda ada mengalami sebarang kesan sampingan, sila dapatkan nasihat daripada ahli dermatologi anda dengan serta-merta.

Testimoni Dermatix

Jinsook S.
5/5

Anak perempuan saya terpaksa menjalani satu pembedahan yang akhirnya telah menghasilkan parut yang kelihatan jelas pada kawasan pipi di sebelah kiri. Ia sangat kelihatan amat jelas dan saya bimbang yang ia akan memberi kesan buruk kepada anak saya. Doktor telah mengesyorkan untuk menggunakan Dermatix Ultra untuk mengurangkan parut. Saya memutuskan untuk mencubanya dan kini telah menggunakannya dengan bersungguh-sungguh selama 3 bulan. Sekarang, parut tersebut telah hampir hilang! Saya sangat gembira dengan hasilnya. Kini anak perempuan saya lebih yakin dan tidak perlu lagi menjawab apabila orang bertanya bagaimana dia mendapat parut itu. Sangat berterima kasih kepada Dermatix Ultra kerana telah mengubah kehidupan anak perempuan saya ke arah yang lebih baik!

R.Sandhu
5/5

Saya telah menggunakan Dermatix® Advance dan parut anak lelaki saya telah menjadi lebih cerah, lebih lembut dan lebih rata hanya dalam masa 2 bulan. Terima kasih Dermatix® Advance kerana telah membuatkan anak saya tersenyum dan menjadikannya lebih yakin sekarang. Kami sangat suka dengan keberkesanan formula Dermatix® Advance yang sememangnya benar dan berkesan dengan dengan tanpa perlu bersusah-payah.

Mandy L.
5/5

Saya telah menggunakan Dermatix® Advance dan parut saya telah kelihatan semakin tidak jelas dan semakin sembuh dengan baik. Saya menggunakannya sejurus selepas jahitan luka hilang. Gambar ini adalah hasil selepas kira-kira 2 hingga 3 minggu menggunakan Dermatix® Advance. Saya sangat sukakannya. Saya berharap produk anda akan lebih banyak didedahkan kepada orang ramai kerana ia sangat berkesan.

Faiz R.
5/5

Saya telah menggunakan Dermatix® dan parut saya menjadi lebih lembut dan rata. Dan juga semakin pudar! Ia adalah kecederaan trauma ketika jari saya telah renyuk akibat termasuk ke dalam mesin di tempat kerja saya. Sungguh menyakitkan dan saya sangat berharap kulit jari saya baik-baik saja dan kelihatan normal. Oleh itu, saya menggunakan Dermatix® dan menggunakannya pada parut saya. Ajaibnya, selepas 3 minggu, ia kelihatan hampir normal dan parut lebih rata! Terima kasih!

Karena L.
5/5

Saya menggunakan Dermatix® Advance dan parut saya sekarang hampir tidak dapat dilihat! Saya mendapat tiub pertama Dermatix® Advance daripada kakak ipar saya selepas pembedahan C-section untuk kelahiran bayi lelaki saya. Ia terasa bagus, tidak melekit dan selesa pada kulit. Parut saya sekarang tidak kelihatan dalam gambar dan hampir tidak kelihatan secara langsung. Saya pasti akan mengesyorkan ini kepada sesiapa sahaja yang ingin merawat luka yang sedia ada atau luka baru kerana ia sangat berkesan.

Di mana saya boleh mendapatkan Dermatix secara dalam talian di Malaysia?

Anda boleh mendapatkan  produk Dermatix secara dalam talian, melalui farmasi dalam talian Esyms! Daftar untuk dapatkan kredit percuma untuk pembelian pertama anda supaya anda boleh berjimat. Jangan lupa untuk melihat dan mencuba produk suplemen kesihatan kami yang lain juga!